Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan: Foto: TVS

Paras air di Muput pada aras bahaya

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 1 Mac: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan mengenai amaran aras air yang boleh menyebabkan banjir.

Notifikasi Aras Air dan Hujan di Sarawak. Foto: Tangkap Layar Public Infobanjir

Menerusi laman web rasmi Public Infobanjir, makluman berkaitan dengan amaran aras air ini berlaku dalam beberapa daerah yang merangkumi Kuching, Samarahan, Bintulu, Miri, Sibu, Betong, Serian dan Sri Aman.

Diramal berlaku trend menaik aras air di Muput, Bintulu iaitu mencapai pada tahap aras yang bahaya iaitu 9.28m.

Selain itu, aras air bertahap amaran juga berlaku di daerah Betong (Kaki Wong dan Nanga Lubau) iaitu 17.3m dan 8.61m secara perspektif.

Keadaan aras air bertahap sederhana turut berlaku di Kuching (Batu Kitang Telemetry, Bau Bridge dan Buso), Miri (Long Teru dan Benawa), Sibu (Selangau B), Sri Aman (Pantu) dan Serian (Batu Gong).

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka berkaitan dengan amaran aras air dan hujan sebagai persediaan untuk menghadapi banjir yang akan berlaku pada bila-bila masa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan