Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lee Kim Shin (tengah) semasa sesi bergambar bersama para tetamu lain selepas sidang media. Foto TVS.

MYAirlines lancar Kuala Lumpur-Miri, dua kekerapan seminggu mulai 15 Mac

MIRI, 1 Mac: Syarikat penerbangan, MYAirlines melancarkan destinasi ketiganya di Sarawak hari ini iaitu penerbangan dua hala dari Kuala Lumpur-Miri dengan kekerapan dua kali seminggu mulai 15 Mac ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, inisiatif sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah itu menjadikan warga Miri kini mempunyai pilihan selain Malaysia Airlines dan Airasia selepas ini.

Beliau juga menyifatkan penambahan penerbangan oleh MYAirlines merupakan solusi bagi menangani isu kekurangan penerbangan ke Sarawak pada musim perayaan.

Selain itu, menurut Kim Shin, khabar baik tersebut bukan sahaja menambah kedatangan pelancong sekali gus merancakkan industri pelancongan di utara Sarawak.

“Malah, ini akan memudahkan pengunjung perniagaan dan pelajar luar Sarawak untuk datang ke Miri.”

 

Dato Lee menyerahkan cenderamata kepada salah seorang penumpang MYAirlines Miri ke Kuala Lumpur. Foto TVS.

“Harapan kita selepas ini kita tidak perlu risau kerana masalah penerbangan tidak mencukupi bagi pelajar yang pulang bercuti perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya atau Gawai dapat diatasi.”

“Setiap kali saya mendapat aduan daripada orang ramai, mereka tidak mendapat tempat duduk atau harga tambang penerbangan terlalu tinggi. Saya fikir salah satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mempunyai lebih banyak syarikat penerbangan. Lebih banyak persaingan, tetapi lebih banyak kerusi. Saya rasa itu jalan penyelesaiannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Penerbangan Pertama MYAirlines dari KL ke Miri di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kim Shin turut berharap agar MYAirlines menambah penerbangan antarabangsa terus dari Miri dan Kuching tanpa melalui lencongan ke Kota Kinabalu (KK) dan KL.

“Seperti yang telah kita bincangkan di KL dan Kuching, kita juga tidak sabar untuk melihat kemungkinan mengadakan penerbangan antarabangsa dari Miri dan Kuching.”

“Terutamanya bagi wilayah berdekatan, contohnya ke China, Shenzhen, Hong Kong, Guangzhou kerana wilayah ini sering menjadi tempat percutian. Sekarang untuk kita, rakyat Sarawak melancong ke semua destinasi ini, kita perlu melalui KK atau KL.

“Kita sedang bercakap dengan syarikat penerbangan lain untuk mewujudkan satu lagi percutian antarabangsa melalui Sarawak. Jadi ini adalah satu lagi kawasan yang kita harapkan apabila MYAirlines mempunyai pesawat yang mencukupi, mereka juga mempertimbangkan untuk terbang beberapa destinasi antarabangsa dari Sarawak,” jelasnya.

Setakat ini, beliau mendedahkan Sarawak mempunyai dua penerbangan antarabangsa terus iaitu ke Singapura dan Brunei dengan penerbangan antarabangsa 36 kali seminggu, 25 dari Kuching, empate dari Sibu dan tujuh dari Miri.

Untuk rekod, MYAirlines menyediakan tiga destinasi penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak iaitu Kuching yang dilancarkan pada 1 Disember 2022, Sibu pada 18 Januari dan Miri pada hari ini.

Setakat ini, MYAirlines memiliki lima pesawat dan Kementerian Pengangkutan Sarawak telah melakukan perbincangan dengan MYAirlines pada Januari lepas untuk menambah sehingga 20 pesawat menjelang penghujung tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan