Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 101 peniaga berdaftar melibatkan pelbagai makanan dan minuman. Foto: TVS

Karnival Gegar semarak Kejohanan Silat Antarabangsa Sarawak

KUCHING, 1 Mac: Karnival Gegar yang julung kali diadakan di Dataran Perayaan Jalan Stadium, Petra Jaya menyemarakkan acara Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di sini.

Karnival tujuh hari bermula dari 27 Februari hingga 5 Mac diadakan secara serentak dengan kejuaraan berkenaan yang berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada minggu ini.

 

Ketua Pengurusan dan Promosi Karnival Gegar KUBSB, Awang Adam Awang Rabai ditemui TVS di Dataran Perayaan Jalan Stadium, Petra Jaya Kuching. Foto: TVS

Ketua Pengurusan dan Promosi Karnival Gegar, Awang Adam Awang Rabai berkata karnival berkenaan dijayakan oleh Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB) dengan kerjasama Rumpun Silat SarawaK (RSS).

“Penganjuran Karnival Gegar ini bukan sahaja membuka peluang perniagaan kepada rakyat Sarawak malah menyemarakkan lagi acara Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023,” katanya etika ditemui TVS di Dataran Perayaan Jalan Stadium, Petra Jaya di sini.

Menurut Awang Adam, karnival berkenaan disertai seramai 101 peniaga yang berdaftar dengan pihak KUBSB untuk terlibat secara langsung dalam karnival tersebut.

“Karnival ini dinamakan  ‘gegar’ kerana apabila kita bersilat, kita akan bergegar, tangan dan kaki bergegar,” ujarnya lagi.

 

Ramai pengunjung datang ke Karnival Gegar. Foto: TVS

Tambahnya, karnival ini secara tidak langsung sebagai tanda sokongan kepada para peserta silat di samping membantu para peniaga yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

Justeru itu, Awang Adam mempelawa orang ramai untuk datang ke karnival tersebut yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 12 malam.

“Karnival Gegar KUBSB turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan karaoke, persembahan kebudayaan dan juga persembahan artis tempatan seperti Ezad Lazim pada 4 Mac di Pentas Utama Karnival di Dataran Perayaan Stadium Negeri,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan