Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
K Troopers yang menjuarai kategori terbuka Kejohanan Liga Paintball Sarawak 2023. Foto: Kelab Paintball Mambong.

K Troopers juara Kejohanan Liga Paintball Sarawak 2023

ByTVS

KUCHING, 1 Mac: Kejohanan Liga Paintball Sarawak (SPL) 2023 di Padang Semarak, Gita di sini menyaksikan pasukan tuan rumah K Troopers menjuarai kategori terbuka. 

Kejohanan pada 25 dan 26 Februari itu turut menyaksikan kategori novis dijuarai Borneo Legion manakala Kelab Paintball Sempadi menjuarai kategori rookie.

Pengarah pertandingan Mohd Morshidi Abdullah berkata SPL adalah untuk memperkenalkan sukan paintball di Sarawak.

“Kejohanan SPL di Sarawak bertujuan untuk membuka mata orang awam tentang sukan paintball serta meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi di kawasan pertandingan.

“Justeru, saya berharap agar sukan ini terus berkembang dan diminati oleh belia bagi mendidik belia mementingkan semangat berpasukan dan setia kawan,” katanya dalam kenyataan.

Ini merupakan kejohanan pertama untuk 2023 dengan menyaksikan 25 pasukan berentap dalam tiga kategori.

Pada 2022, Kelab Paintball Mambong telah menarik ramai pemain tempatan serta luar Sarawak menyertai kejohanan Liga Paintball Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan