Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
FAHMI (tengah) ketika sidang media pada Majlis Pelancaran di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang Setapak Jaya hari ini. Foto: Bernama

Internet Pakej Perpaduan RM30 dijual mulai 28 Feb – Fahmi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dengan harga serendah RM30 mula dijual bermula hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata menerusi pakej itu golongan belia, B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya mendapat manfaat perkhidmatan Internet 30GB data yang sah selama enam bulan dengan had kelajuan 3Mbps pada harga lebih murah.

“Dalam masa singkat, KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital) berjaya dapatkan persetujuan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi pakej selama enam bulan pada harga murah. Penghargaan kepada syarikat terlibat kerana menyahut seruan kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

“Banyak lagi inisiatif kemudahan telekomunikasi akan diumumkan tidak lama lagi demi memastikan rakyat menikmati kemudahan akses Internet,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pakej berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek serta wakil syarikat telekomunikasi.

Fahmi berkata pakej itu melibatkan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Mengulangi pendirian kementerian untuk menyelesaikan isu ‘dropped calls’ atau panggilan telefon bimbit tiba-tiba terputus di 97 peratus kawasan berpenduduk menjelang Jun ini, Fahmi berkata dalam minggu-minggu mendatang, KKD akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk mengenal pasti kawasan terjejas.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan hasrat dan sasaran KKD untuk memastikan 80 peratus capaian liputan 5G di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan