KUCHING, 1 Mac: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan Sarawak dilaporkan menurun kepada 178 orang mangsa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata seramai 52 keluarga ditempatkan di enam PPS setakat 11 pagi ini.
Daerah Kuching mencatatkan 122 mangsa di tiga PPS, Bau menempatkan 29 mangsa di dua PPS, manakala Siburan 27 mangsa di sebuah PPS.
PPS SJK Chung Hua Batu kawa, menempatkan paling ramai mangsa iaitu 80 mangsa daripada 19 keluarga.
Sementara mangsa di PPS Surau Nur Hidayah, Kampung Batu Kitang Jaya pula menurun maniakaal tiga lagi PPS masih kekal.