Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PPS Surau Nur Hidayah, Kampung Batu Kitang Jaya, menempatkan paling ramai mangsa iaitu 124 orang. Foto: JPBNS

Banjir: 282 mangsa berada di PPS pagi ini

KUCHING, 1 Mac: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan Sarawak terus meningkat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata 282 orang ditempatkan di enam PPS setakat 7 pagi ini.

Daerah Kuching mencatatkan 226 mangsa di tiga PPS, Bau 29 mangsa di dua PPS, manakala Siburan 27 mangsa di sebuah PPS.

PPS Surau Nur Hidayah, Kampung Batu Kitang Jaya, menempatkan paling ramai mangsa iaitu 124 orang daripada 26 keluarga.

PPS SJK Chuang Hua Batu Kawa pula menempatkan 80 orang daripada 19 keluarga. – TVS

Tags: Banjir, jpbns, pps

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan