Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Kuching menyebabkan 80 orang dari 19 keluarga dipindahkan ke PPS SJK Chung Hua Batu Kawa. Foto: Fahmi Joyo (TVS)

Banjir: 147 mangsa ditempatkan di PPS di empat daerah di Sarawak

ByNina Azman

KUCHING, 1 Mac: Mangsa banjir di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak kini berjumlah 147 orang, setakat pukul 9 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata di Kuching, PPS SJK Chung Hua Batu Kawa menempatkan 80 orang dari 19 keluarga manakala di Dewan Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Balai Bomba Bau menempatkan 20 orang dari lapan keluarga. 

PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai, Siburan menempatkan 27 orang dari tujuh keluarga dan Dewan Johnical Rayong di Engkilili menempatkan 20 orang dari sembilan keluarga.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah sehingga esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan