Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua orang maut manakala 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye. Foto: Reuters

2 maut, 140 cedera gempa bumi 5.6 skala richter landa Türkiye pada Isnin

ByBernama

ANKARA, 1 Mac: Dua orang maut manakala 140 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter melanda wilayah Malatya, tenggara Turkiye pada Isnin, menurut Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Türkiye pada Selasa.

Seramai 40 mangsa telah dimasukkan ke hospital, 12 daripadanya dilaporkan dalam keadaan serius, menurut AFAD dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Gempa bumi dengan kedalaman 6.96 kilometer, berpusat di daerah Yesilyurt.

Wilayah Malatya adalah antara 10 wilayah di Turkiye yang dilanda bencana dahsyat pada 6 Feb, hingga mengorbankan lebih 44,000 orang dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat tinggal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan