Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR mencari nelayan diteruskan walaupun cuaca buruk. Foto: APMM

Pencarian nelayan Indonesia jatuh bot diteruskan dalam cuaca buruk

KOTA KINABALU, 28 Feb : Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang nelayan warga negara Indonesia yang dikhuatiri terjatuh di perairan Pulau Manukan diteruskan hari ini.

Op Carilamat diaktifkan pada 3 petang, Isnin, selepas Pusat Operasi Maritim Malaysia Sabah menerima panggilan seorang lelaki berusia 24 tahun dilaporkan terjatuh dari bot di kawasan berkenaan.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata operasi telah masuk hari kedua dan belum ada sebarang penemuan.

“Keadaan cuaca agak buruk dengan ribut petir di beberapa tempat dengan kelajuan angin mencapai 40 hingga 50 kilometer sejam disertai ketinggian ombak setinggi 2.5 hingga 3.5 meter.

“Kawasan pencarian dibahagikan kepada lima sektor dengan keluasan 73 batu nautika persegi,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Rosli berkata tekong bot menyedari kehilangan mangsa sekitar jam 9 pagi Isnin semasa bot berada 5 batu nautika dari Pulau Manukan.

“Ketika hilang, mangsa berkemungkinan tidak berbaju dan berseluar pendek warna hitam.

“Maritim Malaysia memohon kerjasama daripada komuniti maritim sekiranya menemui sebarang petunjuk atau maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi dan melaporkan penemuan atau petunjuk kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah 088-387774 atau 999 (MERS),” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan