Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inisiatif meluaskan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar adalah sejajar dengan matlamat mempercepatkan pembentukan masyarakat yang inklusif digital. Foto hiasan: Envato

MEASAT Satellite sedia jalin kerjasama perluaskan liputan Internet di luar bandar

ByAmirah Shawel

KUCHING, 28 Feb: MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam meluaskan perkhidmatan jalur lebar satelit di kawasan yang kurang capaian Internet.

Ketua Pegawai Operasinya, Yau Chyong Lim berkata lebih ramai rakyat Malaysia perlu mendapat faedah penggunaan Internet dalam meningkatkan tahap sosioekonomi.

“MEASAT ingin merapatkan jurang jalur lebar antara kawasan bandar dan luar bandar selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang meletakkan ketersambungan Internet sebagai kunci utamanya.

“Ini juga akan mempercepatkan pembentukan masyarakat yang inklusif digital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chyong Lim menambah capaian jalur lebar satelit yang lebih luas akan membuka potensi ekonomi digital di kawasan luar bandar.

Beliau turut mengakui berhadapan cabaran dalam memastikan ketersambungan Internet kepada penduduk di Malaysia yang tinggal jauh di pedalaman.

“Namun pentingnya sekarang adalah untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur digital negara agar dapat mengembangkan faedah teknologi dan mengukuhkan potensi ekonomi digital,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM725 juta bagi melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian.

Menurutnya, kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menyediakan jaringan Internet di seluruh negara. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan