Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir di PPS Dewan Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Balai Bomba Bau. foto: JPBNS

Mangsa banjir meningkat, 144 dipindahkan ke PPS

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 28 Feb: Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi daerah Kuching dan Bau meningkat kepada 144 orang, setakat jam 7 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan angka tersebut merangkumi 34 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.

Menurut laporan, tiga PPS terlibat ialah Surau Nur Hidayah di Kampung Batu Kitang Jaya, Dewan Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Balai Bomba Bau dan Balai Raya Kampung Opar, Bau.

Bagi PPS Surau Nur Hidayah di Kampung Batu Kitang Jaya menempatkan 26 KIR iaitu seramai 124 orang; seterusnya enam KIR (11 mangsa) di di PPS Dewan Dato Sri Ts Mohammad Hamdan dan sembilan mangsa (dua KIR) di PPS Kampung Opar.

“Hanya mangsa di PPS PPS Surau Nur Hidayah di Kampung Batu Kitang Jaya meningkat sementara jumlah mangsa di dua PPS lagi kekal,” menurut laporan hari ini.

Tags: Banjir, pindah, pps

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan