Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan cek disaksikan oleh Kaunselor Jeffery (dua dari kanan) dan Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii (tengah) dari Pengerusi SICTA Miri,Janson Yong (dua dari kiri) kepada Setiausaha Persatuan Penjagaan Paliatif Miri, Abby Tan, (kanan). Foto: TVS

Hasil dan jana produk dari e-waste

MIRI, 28 Feb: E-waste atau sisa elektronik merupakan alat elektrik atau elektronik yang dibuang dan terpakai yang boleh digunakan, dijual, diperolehi dan dikitar semula atau dilupuskan.

Melihat kepada perkara tersebut, Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jeffery Phang Siaw Foong, menggalakkan orang ramai serta Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA) Cawangan Miri bagi mengumpul e-waste untuk menghasilkan dan menjana produk yang mempunyai nilai dari sisa tersebut.

“Saya dimaklumkan kutipan sisa elektronik seterusnya akan dijalankan beberapa waktu lagi bulan depan. Saya berharap berita ini dapat disiarkan kepada semua warga Miri dan saya menggalakkan warga Miri untuk mengambil bahagian dalam Program Kutipan Sisa Elektronik.

“Jika dilihat pada Olimpik Tokyo 2020, pingat yang mereka gunakan sebenarnya diperbuat daripada sisa elektronik. Jadi saya ingin melontarkan cabaran kepada SICTA, mungkin kita boleh memikirkan sesuatu yang boleh kita capai daripada sisa elektronik dengan menjana sesuatu daripada itu sekali gus menjadi cara kita menghasilkan nilai yang lebih baik dalam semua sisa yang kita kumpulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA) Cawangan Miri mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, semalam.

Untuk rekod, SICTA pernah bekerjasama dengan MBM dalam Program Pengumpulan Sisa Elektronik seperti Kempen Kitar Semula Komputer dan Elektronik Terpakai yang diadakan pada tahun lepas.

Selain itu, tambah beliau, SICTA juga memainkan peranan penting untuk mendidik warga tua dan orang buta teknologi mengenai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya dengan kehidupan sekarang yang bergantung kepada teknologi dan sebagai langkah mengelakkan diri daripada menjadi mangsa siber.

“Walaupun kehidupan kita bergantung kepada teknologi tetapi kita perlu melakukan semak balas dan mengimbanginya. Teknologi ibarat pedang bermata dua. Kita juga tertakluk kepada keselamatan siber, jenayah siber, penipuan dalam talian, pembuli siber, menyebarkan kebencian, penyebaran berita palsu dan lain-lain. Oleh itu, adalah penting untuk kita menggunakan teknologi dengan bijak untuk memastikan kita tidak terjerumus ke dalam penipuan.

“Sebenarnya tidak dapat dielakkan bahawa semua perubahan dalam penggunaan teknologi telah mencipta keluk pembelajaran yang besar untuk warga tua dan orang buta ICT yang mempunyai banyak perkara untuk dikejar. Oleh itu, saya percaya SICTA boleh memainkan peranan penting di sini dalam membantu dan meningkatkan kemahiran untuk membimbing dan mengajar mereka supaya mereka juga boleh menikmati hasil yang dibawa oleh ekonomi digital kepada kita,” katanya lagi.

Kerjasama antara kerajaan dan rakan kongsi swasta ICT amat diperlukan dalam usaha menyahut seruan Premier Sarawak bagi mewujudkan ekonomi digital di negeri ini.

Majlis juga menyaksikan penyerahan sumbangan berbentuk cek dari SICTA kepada Persatuan Penjagaan Paliatif Miri berjumlah RM1,980.93. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan