Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, pada Selasa. Foto: Jabatan Penerangan

Gaji penjawat awam diutamakan jika tabung kewangan tidak bocor – Perdana Menteri

KOTA KINABALU, 28 Feb: Kenaikan gaji penjawat awam akan diutamakan sekiranya tiada kebocoran pada tabung kewangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis amanat kepada penjawat awam negeri dan persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Anwar meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap upah yang kini diterima oleh penjawat awam.

“Apabila ditanya semalam, saya katakan saya tidak berpuas hati kerana dengan khidmat mereka, dedikasi mereka, sepatunya mereka dapat diberikan upah yang lebih.

“Tetapi melihat keadaan sekarang, melihat keadaan hari ini, saya ingin memberi jaminan, kalau cara kita bertindak dalam beberapa bulan ini, pulangan 2 bilion, 7 bilion, 8 bilion masuk dalam tabung kewangan satu sen pun tak bocor..

“Kalau kantung negara ini sudah cukup baik.. penjawat awam percayalah saya tetap akan beri keutamaan kepada nasib semua,” katanya.

Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan turut hadir hadir sama pada majlis itu nanti ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Anwar turut mengumumkan negara mendapat satu pelaburan yang akan mendatangkan pulangan lebih lapan billion ke tabung negara selepas menandatangani kolaboratif dengan Abu Dhabi Investment.

“Dalam rundingan kita tegas, tidak ada komisen bagi perdana menteri, tidak ada komisen bagi perunding, tidak ada hasil lebihan bagi peguam.”

“Tetapi mesti ada pulangan maksimum kepada negara supya rakyat berhak oerolehi wang yang hilang.”

“Lapan bilion ringgit yang dulunya hilang boleh dikembalikan kerana integriti, tadbir urus yang baik.”

“Dengan adanya urus tadbir yang baik dan integriti, negara kita boleh diselamatkan dan saya percaya Sabah bersama dan Malaysia boleh diangkat dan penyelewengan dihentikan…kita lawan habis habisan untuk pertahankan hak kita,” katanya.

Dalam respon Anwar terhadap ucapan Hajiji berkenaan perjanjian MA63, beliau berkata beberapa isu yang boleh diselesaikan telahpun mencapai kata sepakat.

“Dalam beberapa mesyuarat jemaah menteri yang awal dia kata selesaikan apa yang boleh selesai,

“Perjanjian gas, selesai, pindaan undang undang negeri Sabah, sekarang ambil alih, jaga baik baik, kalau salah kita sergah lagi, telah menjadi hak sabah,

“Semalam saya jumpa dengan pihak Petronas beberapa carigali lain ada dan Petronas kata sudah ada beberapa perundingan dengan Ketua Menteri,” katanya.

Anwar turut menegaskan berkenaan tekad politik iaitu kerajaan Persekutan dan negeri akan bersama-sama membasmi kemiskinan tegar.

“Pembangkang kata ini bukan perkara baharu, betul bukan perkara baru tapi tidak selesai sampai sekarang.

“Jadi saya berkeras, saya kata ada 130,000 orang masuk kategori yang miskin tegar, ramai juga di Sabah

“Tahun ini juga dengan apa cara juga seluruh kekuatan Persekutuan dan seluruh kekuatan negeri kita selamatkan rakyat yang paling miskin di negara kita,” katanya.

Anwar berkata mereka sebagai pemimpin akan malu dan aib jika masalah (miskin tegar) tersebut tidak dapat diselesaikan dengan kekuatan negara.

“Dengan jentera persekutuan, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Hajiji akan bagi komitmen yang sama utk menampung kekuatan untuk selesaikan.”

“Ini dikatakan tekad politik, kalau ada tekad politik kamu akan kekal jujur dan integriti dan boleh selesaikan masalah,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan