Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima enam orang pelajar semester akhir ljazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian) dari Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Sarawak (UiTMCS) bagi menjalani latihan industri. Foto: Education Malaysia Indonesia (EMI)

Enam pelajar UiTMCS timba pengalaman di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta

ByTVS

JAKARTA, 28 Feb: Pejabat Education Malaysia Indonesia (EMI) telah menerima enam orang pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat melapor diri di Kedutaan Besar (Kedubes) Malaysia, Jakarta untuk menjalani Latihan Industri (LI) bermula hari ini sehingga 26 April 2023.

Pelajar latihan industri ini telah menerima peruntukan dari Tabung Kenyalang dan Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA) dari pihak Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak (UiTMCS) turut dibantu juga oleh Yayasan Sarawak.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima enam orang pelajar semester akhir ljazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian), dari Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Sarawak (UiTMCS) bagi menjalani latihan industri. Foto: Education Malaysia Indonesia (EMI)

Menurut Penasihat Pendidikan Education Malaysia Indonesia (EMI), Mohd Mubarak, tujuan utama latihan industri ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan, khususnya dalam bidang Pengurusan Sistem Pejabat.

“Semasa menjalani latihan industri, mereka kiranya dapat bekerja mengikut kepada ketetapan agensi yang ada, dapat menimba ilmu juga pengetahuan dan tentunya mendapatkan pengalaman yang baik,” katanya.

Beliau juga berkata, kiranya pelajar yang masih muda ini mampu memberikan sumbangan idea dan cadangan yang dapat membantu pejabat kedutaan serta agensi-agensi di sini.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerima enam orang pelajar semester akhir ljazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian), dari Universiti Teknologi Malaysia Cawangan Sarawak (UiTMCS) bagi menjalani latihan industri. Foto: Education Malaysia Indonesia (EMI)

Pelajar diharapkan boleh memberikan input dan cadangan penambahbaikan yang sesuai bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pejabat Kedutaan Besar Malaysia Jakarta.

Mereka turut di terima Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq dan juga Ketua-Ketua Agensi terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan