Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon peperiksaan SPM yang terjejas akibat banjir menaiki bot Bomba dan Penyelamat untuk ke pusat peperiksaan di Bau, hari ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak

Calon SPM terjejas banjir di Bau naik bot bomba ke pusat peperiksaan

KUCHING, 28 Feb: Lapan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menaiki bot Bomba dan Penyelamat untuk ke pusat peperiksaan di Bau, dekat sini, pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata pihaknya menggunakan sebuah bot dan sebuah lori bagi membawa lima pelajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lake pada 7 pagi ini.

“Bantuan menghantar lima orang pelajar yang akan menduduki SPM dari Kampung Segubang ke SMK Lake kerana laluan untuk ke lokasi terputus akibat dari limpahan air sungai daripada hujan lebat,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Lingem berkata tiga lagi calon turut dihantar menaiki bot ke SMK Paku.

Hujan sejak Sabtu lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kuching dan Bau dinaiki air. 

Setakat 8 pagi ini, dua pusat pemindahan sementara dibuka di Daerah Bau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan