Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Din C.J. dan Taiyuddin Bakar ditemui TVS di Kampung Budaya Sarawak hari ini

Bengkel lakonan asah bakat baharu Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 28 Feb: Sarawak diakui memiliki ramai bakat muda yang mampu bersinar serta melangkah jauh dalam industri lakonan tanah air.

Menyedari hakikat itu, Bengkel Pembangunan Modal Insan Industri Kreatif – Karakter Building dan Aktiviti Lasak diadakan di sini bertujuan mahu menggilap ‘gemerlapan’ anak Sarawak.

Inisiatif bengkel itu menurut Pengarah filem terkemuka, Din C.J., setelah menyedari anak-anak seni tempatan kurang mendapat pendedahan lakonan secara mendalam untuk terus kekal dalam industri ini.

Justeru itu, Din berkata bengkel berkenaan menjadi platform yang tepat pada masanya sebagai anjakan terhadap anak seni Sarawak menempah nama dalam industri tanah air.

“Kalau kita tengok setakat ini semua watak Sarawak Sabah kebanyakkan orang KL (Kuala Lumpur) untuk berlakon. Sampai bila? Sedangkan mereka (pelakon Sarawak dan Sabah) lebih layak lagi.”

“Jadi hilanglah ‘warna’ kalau anda mengambil orang KL untuk melakonkan watak kelahiran Sarawak dan bercakap dalam dialek bukan Sarawak,” ujar Din.

Beliau yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar dalam bengkel tersebut berkata demikian kepada TVS di Kampung Budaya Sarawak, di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi pelakon Taiyuddin Bakar yang juga salah seorang tenaga pengajar bengkel lakonan pula mengakui, negeri ini yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan kaum perlu diterjemahkan ke dunia lakonan melalui penglibatan pelakon kelahiran Sarawak.

“Bakat boleh di asah. Sebabnya, nama pun seni persembahan. Jadi ini satu perkara yang boleh diajar, boleh dipelajari, boleh diperkembangkan. Bagi saya yang harus dilihat adalah…kepelbagaian etnik yang ada di Sarawak.”

“(Contohnya) kaum Bidayuh, saya difahamkan Bidayuh mempunyai beberapa pecahannya. Maksudnya bahasa dialeknya berbeza. Jadi bagi saya kepelbagaian ini patut kita hargai dan perlu kita angkat.”

“Bagi saya, saya lebih suka kalau kita beri perhatian yang sangat serius untuk angkat budaya kita,” jelas Taiyuddin.

Bengkel lakonan berkenaan bermula sejak 23 Februari hingga 5 Mac ini diadakan di FINAS Sarawak dan Kampung Budaya Sarawak itu disertai oleh enam orang pelakon baharu kelahiran Sarawak dan seorang kelahiran Sabah yang dipilih melalui sebuah sesi uji bakat yang diadakan pada bulan October lepas.

Peserta bukan sahaja akan didedahkan dengan kelas lakonan, tetapi juga dengan ilmu lakonan lasak serta seni mempertahankan diri yang boleh dimanfaatkan dalam filem aksi.

Difahamkan kesemua peserta bengkel akan dilatih sebagai persiapan sebuah filem terbaharu, arahan Din C.J yang dijangka pengambaran akan bermula selepas sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan