Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Mundai dibuka malam ini. Foto: JPBNS

Dua lagi PPS dibuka malam ini, mangsa meningkat 256 orang

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 28 Feb: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Mundai, Siburan dan di SJK Chung Hua Batu Kawa menjadikan lima PSS beroperasi setakat jam 11 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan trend banjir semasa direkodkan meningkat ketika ini melibatkan seramai 256 mangsa.

Angka tersebut merangkumi 60 ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.

Menurut laporan jumlah mangsa bagi PPS Surau Nur Hidayah di Kampung Batu Kitang Jaya menempatkan 26 KIR iaitu seramai 124 orang mangsa dan Balai Raya Kampung Opar, Bau; ada sembilan mangsa (dua KIR) dilaporkan masih kekal dan tiada peningkatan.

Sementara jumlah mangsa di PPS Dewan Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Balai Bomba Bau meningkat kepada 20 mangsa (lapan KIR) berbanding 11 mangsa (enam KIR) pada jam 8.30 malam.

“Dengan pembukaan PPS Dewan Serbaguna Kampung Mundai dan SJK Chung Hua Batu Kawa menjadikan sebanyak tiga daerah iaitu Kuching, Bau dan Siburan kini terjejas akibat banjir kilat susulan hujan berterusan sejak 25 Feb lalu,” menurut laporan terkini JPBNS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan