Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tunku Zahrah Tunku Osman yang kembali ke Rahmatullah, semalam. Foto: FB Istana Negara

Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian Tunku Zahrah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Tunku Zahrah Tunku Osman yang kembali ke Rahmatullah, semalam.

Tunku Zahrah, 62, ialah sepupu kepada Raja Permaisuri Agong.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Tunku Zahrah telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, dengan perjawatan terakhir sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, sebelum bersara pada 2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan