Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis perasmian Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Kuching pada malam Isnin. Foto: Fahmi (TVS)

Semangat, dedikasi Abang Johari memajukan sukan Sarawak – Abdul Karim

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 27 Feb: Semangat dan dedikasi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan antara pemangkin utama dalam memajukan industri sukan di Sarawak, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, dengan segala kelengkapan dan fasiliti sukan yang ada serta sokongan Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak, negeri ini sedia menjadi pusat tumpuan sukan berkelas antarabangsa.

“(Faktor ini) sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi di Sarawak khususnya dalam pelancongan sukan.

“Saya yakin dengan semangat dan dedikasi dizahirkan Premier dalam memastikan industri sukan di Sarawak bertambah maju dan mampu melahirkan lebih ramai atlet membawa nama Sarawak di persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Perpaduan di sini pada malam Isnin (27 Feb). Majlis perasmian disempurnakan Abang Johari.

Sebahagian daripada kontinjen yang menyertai Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023. Foto: Fahmi (TVS)

Abdul Karim berkata lagi, penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa seperti kejuaraan silat berupaya memberi pendedahan dan persiapan kepada para atlet tempatan sebelum menyertai pertandingan lain seperti Sukan Malaysia dan Sukan SEA.

Menurutnya lagi, penganjuran kejuaraan silat ini merupakan isyarat jelas bahawa Kerajaan Sarawak dan Rumpun Silat Sarawak berusaha memartabatkan seni persilatan.

Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 membariskan 500 pesilat yang terdiri daripada 21 kontinjen dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Belanda, Filipina, Indonesia dan Kyrgystan.

Mereka akan berkampung bagi berentap merebut ganjaran USD 20,000 serta tali pinggang kejuaraan bermula 27 Februari sehingga 5 Mac.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan