Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi bersama delegasi Sarawak yang lain pada majlis makan tengah hari anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) di Barcelona, Sepanyol, semalam. Foto: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi.

Sarawak teroka potensi kerjasama dengan pemain industri telekomunikasi di Barcelona

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 27 Feb: Sarawak meneroka potensi kerjasama dengan pemain industri telekomunikasi dunia, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi.

Menurutnya, peluang kerjasama ini diteroka menerusi Kongres Dunia Mudah Alih 2023 (MWC23) yang berlangsung di Barcelona bermula hari ini hingga 2 Mac depan.

Julaihi yang mengetuai delegasi Sarawak ke kongres itu berkata, MWC23 adalah acara terbesar dan paling berpengaruh untuk sektor ketersambungan dan komunikasi mudah alih yang membabitkan para profesional dan pemain industri yang berkaitan dengan ketersambungan, inovasi digital dan teknologi.

“Antara pemain industri antarabangsa yang hadir pada kongres MWC23 ialah ZTE Corporation, Baicells Technologies, SES Satellites, Whale Cloud, Erisson, AirSpan Networks, Huawei Teknologi dan lain-lain, “ katanya berucap pada Majlis Makan Tengah Hari anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) di Barcelona, Sepanyol, semalam.

Antara delegasi dari Malaysia yang turut serta ialah dua timbalannya, Datuk Liwan Lagang dan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Tetap Kementerian, Jafri Lias dan Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman.

Dalam ucapannya, Julaihi turut mengulas mengenai perjalanan pendigitalan Sarawak dan bagaimana Sarawak menerima transformasi digital dengan mengutamakan kelestarian.

Selain itu, Julaihi turut menyentuh mengenai kepentingan kemajuan transformasi ekonomi digital Sarawak, penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi serta bakat digital dan pembangunan ekosistem inovasi yang akan menyokong agenda digital Sarawak.

Sementara itu, Julaihi berkata, Sarawak mempelawa pemain industri telekomunikasi untuk menyertai Kongres Inovasi dan Teknologi Dunia (WCIT) 2023 yang bakal dianjurkan di Kuching dari 4 hingga 6 Oktober tahun ini.

Kongres anjuran SDEC tersebut dijangka akan menghimpunkan pemimpin dunia, penggubal dasar, ahli akademik dan komuniti digital dari sains, teknologi, dan kemanusiaan berkumpul membincangkan cabaran dan pendekatan sedia ada berkaitan era digital di rantau Borneo. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan