Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Martin Ben dan Datuk Snowdan Lawan bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain pada Makmal Strategi GKCDA di Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil (TVS)

Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching kini merangkumi Balai Ringin

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 Feb: Sebahagian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin kini berada di bawah di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Pengerusi GKCDA, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata keputusan tersebut dicapai memandangkan 40 peratus kawasan tersebut secara pentadbiran adalah dalam Bahagian Serian.

“Saya tidak mempunyai keraguan tentang ini dan akan mengalu-alukan mereka. Memandangkan sebahagian daripada DUN Balai Ringin berada di bawah Bahagian Sri Aman, saya menggesa Datuk Snowdan untuk turut memohon agar baki bahagian kawasan DUN beliau dimasukkan ke dalam SADA.

“Memandangkan kawasan yang diliputi oleh GKCDA semakin besar, semoga kita dapat lebih banyak dana yang boleh diperuntukkan ke Kuching,” katanya pada Makmal Strategi GKCDA di sini, hari ini.

Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Martin Ben di sini, hari ini.

Katanya lagi, kemasukan Balai Ringin di bawah agensi berkenaan juga susulan persetujuan daripada kabinet.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan berterima kasih kepada jawatankuasa kerana telah menyenaraikan kawasan tanggungjawabnya itu ke dalam GKCDA.

Katanya, terdapat 100 kampung di kawasannya yang terletak di bawah pentadbiran Bahagian Serian, namun tidak berada di bawah agensi  itu.

“Di Balai Ringin, terdapat 100 kampung berada di bawah pentadbiran Bahagian Serian, apabila saya diberitahu bahawa kampung berkenaan tidak berada di bawah agensi itu saya berjumpa dengan Premier Sarawak untuk mendapatkan nasihat beliau kerana 60 peratus kawasan Balai Ringin terletak di bawah pentadbiran Bahagian Sri Aman manakala baki 40 peratus berada di bawah Serian.

“Perkara ini telah dibincangkan semula dalam mesyuarat kabinet dan kebanyakannya bersetuju dengan keputusan untuk memasukkan Balai Ringin sebagai sebahagian daripada agensi itu,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, GKCDA merangkumi sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Opar, Tasik Biru, Tanjong Datu, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja.

Turut hadir ialah Pegawai Tadbir Khas GKCDA, Datu Ik Pahon Joyik, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Harry Jinep, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) John Ilus (Bukit Semuja), Miro Simuh (Serembu), Billy Sujang (Opar), Dr Simon Sinang Bada (Tebedu), Azizul Annuar Adenan (Tanjong Datu). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan