Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Foto: Tangkap layar sosial media

Polis ikut undang-undang tahan dua pelajar tak puas hati kertas soalan SPM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tindakan menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah mengikut peruntukan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.

“Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11 pagi dengan jaminan polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Suffian mengeluarkan kenyataan itu selepas kumpulan peguam Lawyers Of Liberty mengecam tindakan polis menahan kedua-dua pelajar pada Jumaat lepas.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk nasihat serta pandangan.

Semalam, media melaporkan polis menahan dua remaja selepas menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun pada jam 10.53 pagi Jumaat berhubung video tular memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah yang tidak berpuas hati dengan kertas soalan bagi mata pelajaran Sejarah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan