Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelawak stand-up comedy dari Singapura Rishi Budhrani memulakan persembahan pertama di BCCK Kuching, malam tadi. Foto: TVS

Kuching akan dibanjiri banyak lagi hiburan secara langsung

SINGAPURA, 26 Feb: Pengarah Urusan Front Row Entertainment, Ameerah Alsree berjanji syarikat itu akan membawa lebih banyak lagi hiburan langsung kepada warga Kuching.

Ini kerana katanya, beberapa hiburan langsung yang dibawakannya terdahulu mendapat sambutan menggalakkan kerana Kuching mempunyai peminat hiburan langsung dan syarikat yang diasaskan di Sarawak itu bersedia dalam menawarkan pelbagai alternatif lain hiburan secara langsung.

Persembahan stand-up comedy yang berlangsung malam tadi dihadiri lebih 600 penonton dalam dan luar negara termasuk dari Sydney dan Melbourne Australia, Scotland United Kingdom dan Singapura manakala selebihnya adalah dari Malaysia termasuk dari Kuala Lumpur

“Syarikat kami diasaskan sewaktu fasa endemik pada 2021 dan tahun lalu (2022) kami telah mengadakan persembahan Queen Tribute Concert (QTC) yang menampilkan penyanyi antarabangsa.

“Tahun ini kami membawakan King and Queen’s Comedy Asia kali ke-9 selepas persembahan ini mendapat sambutan hangat di Singapura,” katanya ketika ditemui TVS sempena persembahan stand-up comedy tersebut di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Persembahan stand-up comedy ini kali pertama diadakan syarikat itu di Kuching dengan kerjasama The Comedy Club Asia, menampilkan pelawak dari Malaysia dan Singapura.

Antaranya Rizal Van Geyzel, Fakkah Fuzz, Sharul Channa, Rishi Budhrani dan pelawak yang mempunyai Ijazah Kedoktoran Perubatan iaitu Dr. Jason Leong dari Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan