Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang hari ini, selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya. Foto: BOMBA

Wanita cedera parah akibat tong gas memasak meletup, meninggal dunia

ByBernama

GEORGE TOWN, 25 Feb: Seorang wanita meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang di sini hari ini, selepas dua hari bertarung nyawa setelah cedera parah akibat letupan tong gas memasak di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu, Jalan Kampung Bukit, Bayan Lepas dekat sini.

Pengawal Keselamatan, Sarimah Abdul Rahman, 55, menghembus nafas terakhir pada jam 4.19 petang tadi dan perkara itu disahkanya oleh anak tunggal mangsa, Hafizan Sulaiman, 35.

Hafizan berkata, ibunya ditidurkan sejak jam 10 malam Khamis iaitu hari sama mangsa dihantar ke HPP selepas cedera parah akibat letupan tong gas memasak dalam kejadian kira-kira jam  9 pagi.

“Ibu ketika dibawa ke HPP masih dalam keadaan sedar dan dia kemudiannya semakin lemah sebelum doktor tidurkannya semasa menerima rawatan lanjut, keadaan kesihatan ibu semakin merosot dan tidak menentu selepas itu.

Hari ini doktor hubungi saya memaklumkan keadaan kesihatan ibu semakin teruk dan saya terus ke hospital sebelum dimaklumkan ibu telah pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Hafizan yang tinggal di Seberang Perai dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Bukit Minyak berkata, jenazah emaknya yang merupakan ibu tunggal disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jaya, dekat sini selepas solat Isyak.

Beliau yang terkilan dan sedih dengan kejadian menimpa ibunya berkata, wanita itu sebelum ini tinggal dengannya namun baru berpindah ke flat berkenaan kerana lebih dekat dengan tempat kerja emaknya di sana.

“Selalunya saya bertemu ibu seminggu sekali tapi sejak sebulan lepas ibu selalu mengelak untuk berjumpa dan sering beri alasan sibuk serta tiada cuti, saya reda dengan pemergian ibu namun dalam masa sama masih bersedih dan sangat terkilan,” katanya yang beberapa kali menahan sebak.

Terdahulu, media melaporkan mengenai kejadian letupan tong gas memasak sehingga menyebabkan wanita itu cedera dan melecur lebih 60 peratus dalam kejadian jam 9 pagi Khamis lepas.

Mangsa yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan tinggal bersendirian di rumah sewanya sebelum itu menyalakan dapur untuk memasak tanpa menyedari tong gas berkenaan mengalami kebocoran sebelum meletup. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan