THAILAND, 25 Feb: Hanya dalam tempoh masa 16 saat untuk menumbangkan lawan, pukulan ‘knockout’(K.O) oleh Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menewaskan Padetsuk Fairtex pada debut ONE Championship, di sini.
Johan 16, tidak mengambil masa yang lama dalam pertarungan ‘Flyweight Muay Thai’ dengan aksi pukulan bertubi-tubi yang disasarkan tepat ke arah atlet Muay Thai dari Thailand itu dalam pusingan pertama.
Menerusi kemenangan itu atlet kebangsaan asal Sarawak ini telah menerima habuan kemenangan berjumlah 350,000 baht (RM44,000).
Terbaharu Johan bergelar Juara dunia Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 selain menyumbang pingat emas Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 untuk Sarawak. – TVS