Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol bersama 17 peserta Bengkel Lakonan & Karekter. Foto: Connie Grace (TVS)

Penggiat seni di Sarawak digalak semai bakat, mendidik masyarakat

ByConnie Grace

KUCHING 25 Feb: Penggiat seni di negeri ini dinasihatkan agar menyemai bakat ke arah mendidik masyarakat dengan mesej positif demi menarik perhatian orang ramai menghayati aktiviti mereka.

Situasi berkenaan kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol selari dengan impian Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu negeri ini bergelar pusat utama aktiviti kesenian dan kebudayaan negara.

Justeru itu, beliau meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Unit Latihan Industri, Bahagian Pembangunan Industri FINAS, membangunkan industri seni kreatif di Sarawak memandangkan ia diyakini mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan malah dari luar negara.

Menurutnya, industri kreatif di negeri ini mendapat sokongan oleh kerajaan negeri memandangkan projek menaik taraf bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama akan diubahsuai kepada pusat persembahan kesenian tidak lama lagi.

“Saya ucapkan tahniah kepada pihak penganjur (FINAS) dalam bengkel seperti dalam kesenian, seperti lakonan, produksi, penulisan skrips dan sebagainya, dan ini selari dengan kehendak kerajaan Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahukan negeri ini sebagai pusat aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

“Sebab kita akan membangunkan pusat kesenian seperti istana budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program One Step Closer: Edisi Borneo (Bengkel Lakonan dan Karektor), di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau optimis pengiktirafan Kuching sebagai bandar perpaduan akan menjayakan hasrat Sarawak menjadi pusat utama bagi aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah FINAS Borneo Maffizan Saupie, Wakil Ketua Cawangan Pelesenan & Penguatkuasaan FINAS Azmi Abas, Tenaga Pengajar, Fauziah Nawi dan Pembantu Tenaga Pengajar Nurfarahaizah Ahmad Zaharuddin.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan