Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada Program Youth Entrepreneur Setup di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Samarahan, hari ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Pastikan golongan belia bersedia warisi kepimpinan sedia ada – Abdul Karim

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 25 Feb: Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan generasi masa kini iaitu golongan belia bersedia untuk mengambil tanggungjawab memimpin negeri dan juga negara daripada pemimpin yang ada sekarang, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, tanggungjawab dalam memastikan golongan belia mempunyai ciri-ciri dan keperibadian seorang pemimpin harus dipikul semua pihak terutamanya warga pendidik yang dilihat lebih rapat dengan golongan tersebut.

“Kita tahu pentingnya belia kita. Ada perpatah yang mengatakan kalau kita nak lihat bagaimana keadaan negeri dan negara kita di masa akan datang, kita lihatlah keadaan belia kita pada masa ini.

“Kalau belia kita pada hari ini adalah belia yang serba bermasalah, jadi begitulah keadaaan negeri dan negara kita di masa akan datang.

“Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak, bukan sahaja pihak kementerian, tetapi juga ketua-ketua masyarakat, para guru, pengetua sekolah, Institut Pendidikan Guru dan lain-lain untuk memastikan belia-belia yang berada di bawah jagaan kita bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin di masa akan datang, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Program Youth Entreprenuer Setup (YES) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Samarahan, hari ini.

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Abdul Karim berkata, penganjuran YES telah memanfaatkan lebih 2,000 belia dan usahawan setempat di enam daerah seluruh Sarawak iaitu Miri, Sibu, Bintulu, Limbang, Sri Aman dan Lundu.

Jelas Abdul Karim, melalui pengisian program seperti taklimat pendaftaran nama perniagaan, pendaftaran lesen perniagaan dan sebagainya, ia memberikan manfaat kepada para belia yang ingin memulakan perniagaan, atau yang telah mempunyai peniagaan.

Sehubungan itu, Abdul Karim memaklumkan kementeriannya akan meneruskan penganjuran Program YES yang akan memfokuskan topik pendigitalan.

“Selaras dengan aspirasi digital oleh Premier Sarawak iaitu usahawan hari ini perlu dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21, seperti operasi perniagaan digital serta kolaborasi meluas dengan usahawan lain, maka kita akan meneruskan siri YES 2.0, “ jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan