Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita di sini

Peruntukan RM86 juta untuk tubuh Jabatan Kanak-Kanak, teliti tambah pekerja – Nancy

ByYusuf Shukri

Kuala Lumpur, 25 Feb: Peruntukan lebih RM86 juta yang diluluskan bagi menubuhkan Jabatan Kanak-Kanak merangkumi keperluan menambah bilangan pekerja, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu berkata insiatif berkenaan berperanan agar tugas menjaga nasib kanak-kanak dapat dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah dirangka mengikut perundangan.

Menurutnya penubuhan jabatan berkenaan telah diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

Namun, penubuhan jabatan tersebut kata Nancy akan dilaksanakan secara beberapa fasa susulan pembangunannya memerlukan peruntukkan yang besar.

“Walaupun demikian, yang paling penting adalah kita sudah mendapat kelulusan dan sekarang adalah masanya untuk kita daripada kementerian untuk memperincikan lagi cadangan dan rancangan yang kita sudah ada kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan,” jelas Nancy selepas merasmikan program Wanita Bangkit di The Grand Campbell Hotel, di sini.

Nancy memberitahu lagi peruntukkan besar ini dijustifikasikan dengan kerja-kerja yang perlu dikendalikan oleh pegawai dalam menangani kes-kes yang melibatkan kanak-kanak.

“Sebagai contoh, seorang pegawai kita di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) perlu menggalas kerja yang memerlukan tujuh orang, seperti menyelia kanak-kanak tersebut, membuat laporan kepada pihak polis dan yang paling penting – untuk mengetahui dalam 10 undang-undang berkaitan penjagaan dan hak kanak-kanak.

“Kita faham, mereka pun berasa tertekan jika menguruskan kerja yang terlalu banyak dan ini adalah menjadi tanggungjawab kami dalam membawa pembaharuan dalam kementerian,” tambah Nancy.

Dalam pada itu, seramai 250 orang peserta telah turut serta dalam program Wanita Bangkit siri Kuala Lumpur yang akan dianjurkan di Pulau Pinang minggu hadapan.

Setakat ini, seramai 2,180 peserta telah mengikuti program ini, dan siri Kuching merekodkan penyertaan tertinggi iaitu seramai 1,080 orang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan