Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beras yang cuba diseludup masuk dalam negara melalui Pelabuhan Sepanggar. Foto: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah

Kastam Sabah rampas minuman keras dan beras wangi bernilai RM378,046

KOTA KINABALU, 25 Feb: Serbuan terhadap tiga kontena di sini berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan minuman keras dan beras wangi bernilai RM378,046 dalam dua kes berasingan di Pelabuhan Sepanggar, pada Rabu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata penahanan kontena pertama disyaki berisi minuman keras dilakukan pada jam 9:15 pagi pada 22 Februari hasil penilaian risiko imej imbasan mesin pengimbas.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat sejumlah 23,520 liter minuman keras jenis bir dengan anggaran nilai harga RM85,200 dan nilai duti serta cukai RM346,500 di dalam kontena tersebut.

“Kes kedua pada hari yang sama jam 9.30 pagi, menahan dua kontena disyaki berisi beras disyaki cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Sepanggar,” katanya kepada TVS di sini.

Menurut Mohd Nasir pemeriksaan awal oleh pasukan serbuan menemui sebuah kontena mengandungi 20,500 kilogram beras wangi dengan nilai harga RM37,500 dan anggaran nilai duti serta cukai terbabit berjumlah RM20,250.

“Sebuah lagi kontena mengandungi 20,500 kilogram barang larangan iaitu beras pulut dengan nilai harga RM35,300 dan anggaran nilai duti serta cukai berjumlah RM11,296.

“Modus operandi bagi kedua-dua kes ini adalah membuat pengikraran palsu dengan mengikrar dagangan import sebagai barangan lain seperti kacang soya dan kacang hijau bagi tujuan penyeludupan,” jelasnya.

Beliau memberitahu barang rampasan yang diseludup masuk dalam tiga buah kontena itu ujarnya berjaya digagalkan oleh sepasukan anggota daripada Cawangan Siasatan Khas dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(a) dan 52 Akta Kastam 1967,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan