Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Sape Junior dan Malam Apresiasi RTM, malam ini. Foto: Akma Salleh (TVS)

Cungkil bakat baharu, Program Sape Junior diadakan 27 Mei ini

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Feb: Program khas, Sape Junior bakal diadakan pada 27 Mei ini sebagai usaha Sarawak melahirkan pelapis industri muzik tempatan, terutama muzik tradisional Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis program berkenaan akan berjaya mencungkil bakat baharu khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Penganjuran program seperti ini bukan sahaja bakal melahirkan pelapis-pelapis baharu dalam idustri muzik tempatan, malah turut menonjolkan bakat dan kreativiti pemain Sape di Bumi Kenyalang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Sape Junior dan Malam Apresiasi RTM Sarawakku Sayang, di sini, pada Jumaat.

Dalam masa sama, Abdul Karim berharap kerjasama antara kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan dengan RTM diteruskan ke peringkat memperkasakan lagi industri itu menerusi pelbagai program yang dianjurkan RTM.

“Kementerian saya amat komited menyokong peranan RTM dalam mengetengahkan serta mengembang bakat seni kreatif dan persembahan di Sarawak terutamanya program yang menjulang identiti Bumi Kenyalang ke peringkat lebih tinggi seperti Juh Bermukun 76 jam tanpa henti, Bintang P.Ramlee, Bintang Kecil dan seterusnya Program Sape Junior pada 27 Mei ini.”

“Saya harap kerjasama daripada ramai pihak dapat merealisasikan perkara ini, yang mana pastinya memeriahkan lagi warna industri seni persembahan di Sarawak khusunya dan Malaysia amnya,” jelas Abdul Karim.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan menyampaikan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada Kelab Rekreasi RTM bagi tujuan penganjuran sebarang aktiviti.

Turut hadir, Pengarah Penyiaran RTM Sarawak, Nasrul Hakim Mohd Noh.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan