Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri merakam kenangan sama peserta program

Belanjawan untuk KPWKM sangat adil – Nancy

ByYusuf Shukri

Kuala Lumpur, Feb 25: Belanjawan 2023 yang diperuntukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersifat menyeluruh dan adil.

Menurut menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, belanjawan ini merupakan khabar baik untuk golongan rentan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita berhubung ia merangkumi penglibatan daripada pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Kalau kita lihat PERKESO akan memindakan aktanya untuk membenarkan wanita bekerja semula selepas mereka bersalin tetapi akan bergantung kepada caruman bulanan yang mereka lakukan dan kita akan merangka formulanya.”

“Bagi golongan OKU, mereka juga akan diberikan kemudahan dalam tujuh kawasan termasuk lapangan terbang kerana kita tahu, banyak lagi infrastruktur kita tidak memudahkan pergerakan mereka.

“Dan juga untuk kumpulan rentan, peruntukkan ditambah RM8 juta di samping mewujudan Kaunselor Berdaftar Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) untuk membantu mereka daripada segi sokongan emosi dan perlindungan,” kata Nancy dalam satu sidang media selepas merasmikan program Wanita Bangkit, di sini hari ini.

Dalam usaha melindungi golongan rentan ini, Nancy juga berkata kementerian mempunyai bas khas yang meronda dan memberi kaunseling kepada golongan ini, di samping memberi bantuan makanan.

“Kita masih lagi kekurangan dari segi fasiliti dan perkara ini akan ditambah baik dalam masa yang terdekat,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan