Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto: TVS

Belanjawan 2023: KKR komited segerakan Lebuhraya Pan Borneo

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Feb: Kementerian Kerja Raya (KKR) komited dalam membaik pulih infrastruktur melalui belanjawan yang diperuntukan Kerajaan Persekutuan.

Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya komited meneruskan dan menyegerakan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak Link Road yang dianggarkan melibatkan kos keseluruhan RM20 bilion dengan jajaran lebih 1,000 kilometer.

“Menerusi Belanjawan 2023, peruntukan RM2.7 bilion untuk menyelenggara dan menaik taraf Jalan Persekutuan manakala RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4 bagi melaksanakan projek penyelenggaraan kecil Jalan Persekutuan.

“RM100,000 diperuntukan untuk Jurutera Daerah bagi setiap daerah untuk pembaikan segera jalan-jalan berlubang berdasarkan aduan rakyat yang diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi.

“KKR menerima peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tahun lalu yang hanya menerima sebanyak RM7.306 bilion.

“Jumlah bajet mengurus KKR yang diluluskan adalah sebanyak RM865.27 juta iaitu kenaikan sebanyak 5.07 peratus berbanding RM823 juta yang diterima untuk tahun 2022 manakala bagi bajet pembangunan, sebanyak RM7.573 bilion diluluskan pada tahun ini berbanding tahun 2022 sebanyak RM6.483 bilion sahaja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan