Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui media selepas sesi taklimat dan lawatan tapak pembinaan dan penyiapan Jalan Sungai Maong ke Segedup, di sini, hari ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui media selepas sesi taklimat dan lawatan tapak pembinaan dan penyiapan Jalan Sungai Maong ke Segedup, di Kuching, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Belanjawan 2023: Abang Johari sambut baik, akui jumlah tidak mencukupi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 25 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau berkata, melalui belanjawan tersebut, kepentingan akan diberikan kepada usaha untuk membaik pulih jalan raya dan klinik di negeri ini.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah memberikan peruntukan sebanyak RM5.6 bilion kepada negeri Sarawak.

“Walaupun jumlahnya tidak mencukupi tetapi saya menerimanya dan kita memang hendak membantu rakyat, oleh sebab itu kerajaan membina jalan pantai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi taklimat dan lawatan tapak pembinaan dan penyiapan Jalan Sungai Maong ke Segedup di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak turut akan meneruskan pembinaan jalan-jalan raya dan melengkapkan pembangunan utiliti seperti bekalan elektrik dan air di kawasan ‘poverty area’.

Sementara itu, katanya, beliau juga tidak menolak jika Perdana Menteri ingin menambah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak.

“Namun demikian, Kerajaan Sarawak akan meneruskan usaha membangunkan negeri ini daripada dana kita sendiri,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan