Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan banjir yang menyebabkan jeti dan jambatan Kampung Pundut, Limbang, ditenggelami air hari ini. Foto: TVS

Banjir: Lebih 400 penduduk Kampung Pundut guna perahu keluar rumah

LIMBANG, 25 Feb: Lebih 400 orang penduduk Kampung Pundut terpaksa menggunakan perahu untuk keluar rumah susulan keadaan banjir yang menenggelamkan jeti dan jambatan kampung berkenaan hari ini.

Ketua Kampung Pundut, Thomas Idop Tima memberitahu keadaan banjir itu berlaku sejak jam 12 tengah malam tadi sehingga jam 4 petang ini.

“Sekarang kampung kami masih dilanda banjir setinggi lebih empat kaki. Jeti dan jambatan memang tenggelam, kami penduduk terpaksa menggunakan perahu untuk naik ke rumah kami,” katanya ketika dihubungi TVS petang ini.

Jelas beliau lagi, keadaan banjir itu juga menyukarkan penduduk untuk keluar rumah, bertani dan turun ke bandar.

Dalam perkembangan lain katanya, selain banjir, penduduk juga berdepan masalah tanah runtuh yang menyebabkan jalan perhubungan ke kampung tersebut terputus hubungan dari malam tadi sehingga jam 3 petang tadi.

“Sekarang syarikat kelapa sawit sedang membaiki jalan dan jalan sudah boleh dilintasi dan saya boleh turun ke bandar.

“Dari pagi memang tidak dapat keluar sehingga jam 3 petang ini, penduduk yang terpaksa turun ke bandar terpaksa menggunakan perahu melalui sungai untuk ke bandar,” katanya lagi.

Thomas menjelaskan, beliau sudah berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang turut turun meninjau keadaan tanah runtuh di laluan berkenaan.

Beliau berkata, pada masa ini kerja-kerja membaiki tanah runtuh giat dijalankan.

Katanya, insiden tanah runtuh menuju ke kampungnya kerap berlaku sambil meminta pihak berkenaan lebih cakna dan dapat melihat masalah dan keperluan rakyat.

Kemudahan jalan raya bagi penduduk Kampung Pundut amat penting kerana boleh memendekkan perjalanan berbanding menggunakan laluan sungai.- TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found