Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Letupan akibat kebocoran gas di rumahnya di Bayan Lepas di sini menyebabkan seorang wanita cedera. Foto TVS.

Wanita melecur teruk gas di dapur rumah meletup

BALIK PULAU, 23: Seorang wanita cedera parah apabila badannya melecur selepas berlaku satu letupan akibat kebocoran gas di rumahnya di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu mengakibatkan beberapa bahagian rumah itu terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.18 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan bomba tiba, didapati berlaku kebocoran gas (memasak) yang menyebabkan letupan gas di dalam rumah.

“Terdapat seorang mangsa wanita berusia 53 tahun yang melecur kira-kira 60 peratus akibat dan telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kata jurucakap itu, pihaknya mendapati kebakaran terlebih dahulu telah dipadamkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pukul 10 pagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan