Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sharifah Hasidah melawat tapak Program Bandar Selamat di sini hari ini. Foto TVS.

Sarawak wajar terima lebih peruntukan bagi pacu ekonomi baharu – Sharifah Hasidah

KUCHING, 23 Feb: Kerajaan Persekutuan wajar menimbangkan pemberian dana khas kepada Sarawak menerusi Belanjawan 2023 berikutan usaha negeri ini memacu kegiatan ekonomi baharu yang melibatkan teknologi hijau dan biru.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, insentif khas itu penting kepada Sarawak untuk terus memajukan sektor berkenaan.

“Ekonomi baharu yang sedang digerakkan oleh Sarawak termasuklah penyimpanan dan perdagangan karbon serta sektor hidrogen yang sudah pasti memerlukan peruntukan khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Program Bandar Selamat anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) petang tadi.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan dan Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang.

Sementara itu, Sharifah Hasidah berkata, Sarawak turut berharap agar Kerajaan Persekutuan memberikan lebih dana untuk pembangunan infrastruktur melibatkan pembangunan sekolah daif, klinik dan hospital terutama di kawasan pendalaman.

“Selain itu kita juga memerlukan dana untuk pembangunan digital di sini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan