KOTA SAMARAHAN, 23 Feb: SeramaiĀ 40 peniaga pasar malam di kawasan ini didedahkan dengan ilmu pemasaran digital untuk meluaskan pasaran produk mereka.
Pengerusi Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) Zaiwin Kassim berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusiĀ Kursus Pemantapan Peniaga Pasar Malam (KPPPM) atau Digital Biz Booster selama dua hari bermula hari ini.
Katanya, menerusi Digital Biz Booster, kumpulan perniaga berkenaan akan didedahkan dengan kaedah dan strategi pemasaran digital.
“Tujuan kursus ini diadakan ialah kerana kami mendapati masih terdapat peniaga pasar malam yang tidak pernah menerima pendedahan mengenai pemasaran digital.
“Oleh itu kursus ini merupakan peluang terbaik untuk mereka belajar dan seterusnya meneroka pasaran baharu untuk produk masing – masing,” katanya kepada TVS.
Sementara itu, Zaiwin berkata, inisiatif berkenaan juga selaras dengan agenda Kerajaan Sarawak yang aktif mempromosikan ekonomi digital.
Pada masa sama, beliau turut menasihtkan peniaga kecil supaya memohon lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan mereka menerima bantuan disediakan oleh kerajaan kepada Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS).
āSekiranya tidak mempunyai lesen, susah untuk merek memohon pelbagai bantuan atau peruntukan yang disediakan,” katanya. -TVS