Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sepak Takraw Sarawak, Datuk Ismail Abang Sufi bercakap pada sidang media di Pusat Akuatik Pandalela Rinong di Petra Jaya, Kuching pada hari ini. Foto TVS.

Kejohanan Liga Sepak Takraw Sarawak, gelanggang lahir atlet SUKMA ke-21

KUCHING, 24 Feb: Kejohanan Liga Sepak Takraw Kenyalang PSS/SSC 2022 bakal menjadi gelanggang penentu bagi memilih atlet untuk mewakili skuad Sarawak ke peringkat bahagian dan negeri.

Presiden Sepak Takraw Sarawak, Datuk Ismail Abang Sufi berkata, kejohanan berkenaan akan dianjurkan Persatuan Sepak Takraw (PSS) Negeri Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

“Kejohanan in adalah program kerjasama antara Persatuan Sepak Takraw (PSS) Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) sebagai pentas atau platform bagi mengenal pasti dan memilih pemain yang berpotensi dan berbakat di peringkat bahagian dan negeri untuk menyertai skuad elit Bumi Kenyalang ke kejohanan peringkat yang lebih tinggi dan berprestij seperti Sepak Takraw League (STL) Peringkat Kebangsaan, Piala Emas Khir Johari, Piala Borneo dan kejohanan-kejohanan lain,” katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang media di Pusat Akuatik Pandalela Rinong di Petra Jaya,di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail mendedahkan perlawanan Kenyalang Sepak Takraw League (KSL) 2022 akan diadakan pada esok hari iaitu 25 hingga 26 Februari 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Perbadanan Stadium Negeri Sarawak.

“Keseluruhannya adalah sebanyak 177 pasukan dan regu yang telah mengambil bahagian dalam Kenyalang Sepak Takraw League (KSL) 2022. Seramai 1,239 pegawai, jurulatih dan pemain yang mengambil bahagian dalam KSL 2022,” ujarnya.

KSL ini juga menurutnya merupakan platform untuk mencari calon belia yang berkelayakan bagi mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan datang.

“Pemain yang berumur di bawah 20 tahun juga akan dipilih bagi persiapan skuad SUKMA Sarawak yang akan mewakili Sarawak di SUKMA ke-21 yang berkemungkinan akan diadakan di Sarawak”.

“Antara kejohanan yang awal sekali diadakan adalah Sepak Takraw League (STL) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan bermula 26 Mei hingga 5 Ogos 2023”.

“Pada masa kini dua orang pemain belia kita iaitu Nigel Saban Jeffery dan Mohamad Hariz Hipni yang telah dipilih dan sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan kita,” katanya lagi.

Hadiah berupa piala pusingan akan menjadi rebutan serta hadiah piala iringan dan juga wang tunai untuk johan, RM3,000, naib johan, RM2,000 dan tempat ketiga, RM1,000.

Pihak penganjur juga akan turut memilih pemain terbaik bagi posisi tekong, apit kiri dan juga apit kanan.

Untuk rekod, Kenyalang Sepak Takraw League (KSL) mula dianjurkan pada tahun 2021 di mana ia telah diadakan di enam zon merangkumi zon Kuching, Samarahan, Sri Aman, Mukah, dan dua zon baharu iaitu Bintulu dan Limbang.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Sports Corporation, Awang Putrayusrie Awang Redzuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan