Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM920 juta adalah untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak. Foto: Twitter Anwar Ibrahim.

Belanjawan 2023: Kementerian Pendidikan terima peruntukan RM55.2 bilion

KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan tertinggi iaitu RM55.2 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Jumlah peruntukan yang diterima kementerian itu meningkat RM3.4 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun 2022.

Menurutnya, RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah meliputi peruntukan RM920 juta untuk naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan kerajaan akan membina dewan terbuka bagi menyediakan keselesaan untuk anak-anak berhimpun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM560 juta termasuk Sekolah Kebangsaan Paya Dusun di Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.

Katanya bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta yang memanfaatkan 700,000 murid.

Dalam pada itu, kerajaan akan membekalkan 50,000 komputer riba kepada sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.

Menurutnya, ia mengambil kira peranan guru yang penting dalam mendidik dan memanusiakan anak-anak dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

“Guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital selari arus kemodenan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan