Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib ketika menjawab soalan pada Sidang Parlimen hari ini. Foto tangkap layar video siaran langsung Parlimen Malaysia.

T-MEGA pacu ekonomi penduduk Tanjung Manis

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Tanjung Manis Economic Growth Area (T-MEGA) merupakan sebuah nod pertumbuhan utama di wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang berpotensi meningkatkan pendapatan penduduk setempat.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib berkata, perkara itu dapat direalisasikan menerusi pelbagai industri di kawasan berkenaan.

“Selain industri perkayuan, industri lain yang ditumpukan di kawasan itu merangkumi pembinaan dan pembaikian kapal, industri berasaskan kelapa sawit, perikanan, pertanian, penternakan haiwan, akuakultur serta aktiviti penghasilan dan pemprosesan makanan halal.

“Memandangkan T-MEGA merupakan Green Field Area, fasa awal bertumpu kepada pembangunan kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air, telekomunikasi, elektrik dan infrastruktur logistik.

“Pembangunan ini penting bagi menyokong keperluan asas pelbagai industri yang dirancang serta memberi limpahan manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Sidang Parlimen di sini hari ini.

Setakat ini kata Hanifah, kesemua infrastruktur yang dirancang telah dilaksanakan mengikut jadual kecuali beberapa projek.

“Ini termasuk penggerukkan muara Kuala Rajang ke Pelabuhan Tanjung Manis, ‘Testing & Commisioning’ pembekalan air dari Sibu yang dijangka siap dalam suku pertama 2023,” katanya.

Tambah Hanifah, satu lagi infrastruktur yang dijadualkan siap pada 2024 membabitkan projek pembinaan jalan Pasi-Tanjung Manis termasuk jambatan yang menghubungkan Sarikei dan Tanjung Manis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan