Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rangka kerja digitalisasi Revolusi Industri 4.0 bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor perladangan. Foto: TVS

Penggunaan teknologi digital, tingkat produktiviti sektor perladangan – Fadillah

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Kerajaan melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi bekerjasama dengan pemain industri seluruh negara bagi memperkenalkan rangka kerja digitalisasi Revolusi Industri 4.0.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berbanding negara lain Malaysia mengambil langkah ke hadapan apabila mengaplikasikan digital dalam sektor perladangan.

Datuk Seri Fadillah Yusof pada majlis perasmian Global Business Forum 2023 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto: TVS

Rangka kerja digital itu jelasnya bertujuan meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor tersebut.

“Pada tahun 2021, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melancarkan Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Kelapa Sawit atau MARCOP untuk menangani masalah kebergantungan yang tinggi kepada buruh asing dalam industri minyak sawit Malaysia. 

“MPOB juga begitu kini bekerjasama dengan Kumpulan Fusionex untuk membangunkan kilang kelapa sawit pintar yang bertujuan untuk pelepasan sifar yang akan memberi dimensi baharu kepada sektor pembuatan terutamanya dari segi kecekapan dan pemantauan operasi berterusan dan mesra pengguna,” katanya ketika berucap merasmikan Global Business Forum 2023 di sini hari ini.

Jelasnya lagi menyedari hakikat bahawa ramai penganalisis ekonomi meramalkan bahawa tahun ini akan menjadi tahun mencabar kepada ekonomi global namun beliau bercaya sektor perladangan mampu berdaya saing dan mendepani kelembapan ekonomi tersebut.

“Ekonomi global dijangka mengalami kelembapan berikutan kadar faedah yang lebih tinggi dan inflasi yang akan menjejaskan pelaburan antarabangsa yang lembap dengan keadaan permintaan pasaran, terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dan pasaran Kesatuan Eropah (EU) serta didorong konflik berterusan Rusia – Ukraine.

“Saya percaya semua ini hanyalah permulaan. Dengan kepesatan teknologi yang berterusan ketika imi akan lebih banyak mekanisme dan inovasi baharu akan dibangunkan dan digunakan yang seterusnya akan memantapkan transformasi sektor pertanian negara,” katanya.

Tambahnya keupayaan untuk memenuhi permintaan kini terletak pada keupayaan industri untuk terus meningkatkan produktiviti dan membawa produk ke pasaran dengan lebih pantas.

“Selaras dengan itu, kita juga mesti terus menolak kempen negatif terhadap komoditi kita terutamanya dengan langkah terbaru Kestuan Eropah (EU) melalui Peraturan Penebangan Hutan (EUDR) ke atas komoditi terpilih termasuk minyak sawit, koko dan kayu balak.

“Yang mana mereka telah tersilap dan dikaitkan dengan penebangan hutan. Undang-undang baru ini dijangka menjadi satu lagi halangan perdagangan,” jelasnya – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan