Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Profesor Dato Dr Spencer Empading Sanggin berkata kolej-kolej teknikal di Sarawak berpotensi menarik lebih ramai pelajar dari seluruh Malaysia untuk melanjutkan pengajian negeri ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Kolej Kemahiran Kuching, Miri berpotensi tarik pelajar Semenanjung

ByOdleen Catherny

KUCHING, 23 Feb: Kuching Skills College dan Miri Technical College berpotensi menarik lebih ramai pelajar dari seluruh Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Sarawak, kata Profesor Dato Dr Spencer Empading Sanggin.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata keyakinan terhadap potensi kolej-kolej kemahiran berkenaan kerana kepelbagaian kursus ditawarkan.

“Saya tahu para graduan dan ibu bapa sekalian kebanyakannya berasal dari Sarawak dan Sabah. Tetapi siapa tahu suatu hari nanti jika sekolah kemahiran teknikal ini menjadi begitu popular, mungkin pelajar dari Semenanjung Malaysia juga akan tertarik untuk menyertai kita di Kuching dan Miri.

Graduan Kuching Skills College dan Miri Technical College. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

“Saya yakin Kuching Skills College dan Miri Technical College mempunyai potensi untuk terus berkembang dengan mempelbagaikan lagi kursus-kursus yang dijalankan dalam usaha membantu para belia dari Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Pertama Kuching Skills College dan Miri Technical College yang dianjurkan secara bersama, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Datuk Peter Minos dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuching Skills College dan Miri Technical College, Novert Sullang Douglas Sullang.

Beliau pada masa sama berkata kejayaan sesebuah kolej kemahiran bergantung dengan keupayaan melahirkan graduan berkualiti, berinovasi dan kreatif sekali gus menepati kehendak pihak industri.

Beliau menyeru setiap graduan agar mengatur strategi dengan bijak dan bersiap siaga menghadapi segala cabaran serta dugaan seterusnya menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan