Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 132 buah bas dan van diperiksa JPJ Pulau Pinang pada Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas Pekerja) hari ini. Foto TVS.

JPJ kesan pemandu bas kilang tiada lesen

BUKIT MERTAJAM, 23 Feb: Sebanyak 17 buah bas dan van kilang disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas pelbagai kesalahan terutamanya tidak mempunyai lesen dan permit menerusi satu operasi di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Pada operasi selama tiga jam bermula pukul 7 pagi itu, sebahagian bas yang disita turut didapati beroperasi dalam keadaan usang dan menggunakan tayar lama apabila enam kesalahan dikesan membabitkan kesalahan teknikal.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md. Isa berkata, pihaknya memeriksa 132 buah bas dan van pada Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas Pekerja) itu dengan membabitkan 78 kes kesalahan yang dikesan.

“Kesemua bas itu disita kerana kesalahan seperti pemandu bas tiada lesen memandu, tiada lesen Kenderaan Pengakutan Awam (PSV) selain terdapat bas yang tiada langsung cukai jalan dan perlindungan insurans yang mana ia adalah kesalahan berat.

“Ini menunjukkan bahawa penumpang yang menaiki bas itu berdepan risiko jika berlaku sebarang kemalangan jalan raya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya di sini hari ini.

Ujar beliau, kebanyakan pemandu terbabit didapati tidak cakna terhadap keselamatan penumpang apabila majoriti memberi alasan tidak munasabah seperti berkebolehan memandu biarpun tiada lesen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan