KUCHING, 23 Feb: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menasihatkanĀ semua persatuan belia dan kelab sukan di Sarawak agar tidakĀ bermain politik atau pilih kasih dalam aktiviti pengurusan atlet.
Tegas beliau situasi sedemikian akanĀ menganggu prestasi termasuk persembahan atlet tempatan di kejohanan sukan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Perkara itu menurut beliau merangkumi berlakunyaĀ segelintir individu memegang jawatan sebagai presiden bagi lebih daripada satu persatuan.
Abdul Karim menyifatkan tindakan berkenaan merupakan demi kepentingan peribadi selain mempunyai agenda tersendiri.
Secara sinis, Karim mendedahkan keadaan ini akan menjelaskan persatuan sukan akan hilang fokus dalam pembangunan serta hala tujunya.
āSaya tidak kagum jika anda memberikan saya kad nama anda yang tertulis jawatan presiden lebih dari satu persatuan
āCukup sekadar pegang satu persatuan kalau pegang lebih dari satu Ā saya pasti tidak akan ada fokus terhadap persatuan,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan 2023, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliauĀ mengkritik ada dalam kalangan persatuan silat di Sarawak yang mengehadkan atau memilih jenis persatuan yang boleh menyertai penyertaanĀ pertandingan silat di negeri ini.
āSaya yang berhak menentukan. Jika saya kata semua persatuan silat boleh memasuki pertandingan silat di Sarawak, mengapa anda pula memilih persatuan silat itu boleh dan persatuan silat ini tidak boleh?,” tegasnya.
Beliau turut mengakui pihaknya amat mengharapkan prestasi sukanĀ di Sarawak akan kembali gemilang seperti era 90-an semula.
āHati saya ada di Sarawak dan saya ingin melihat Sarawak maju dalam semua pertandingan sukan berbanding negeri lain.
āJangan ambil hati teguran saya dan sebagai pemegang amanah dalam persatuan, jangan berpolitik dalam persatuan,” tegasnya lagi.
Hadir sama Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Morshidi Frederick dan Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF) Azizul Annuar Adenan -TVS