Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaffar Aziz menunjukkan hidangan Menu Rahmah yang dijual dikedainya. Foto TVS.

Hidang Menu Rahmah, mahu tolong orang susah agar tidak berlapar

LIMBANG, 23 Feb: Bersandarkan kepada niat ingin membantu golongan yang tidak berkemampuan agar tidak berlapar, menjadi pendorong kepada Jaffar Aziz menawarkan Menu Rahmah di kedai makannya sejak awal Februari.

“Saya betul-betul senang hati jual ini Menu Rahmah…Alhamdulillah,” katanya yang merupakan pemilik Restoran Dayana Curry House di sini.

Menurutnya hasrat sedemikian juga menjadikan beliau sebagai pengusaha makanan pertama yang menawarkan hidangan itu di daerah Limbang.

Jaffar Aziz menunjukkan hidangan Menu Rahmah di kedainya.

Beliau mengakui tidak mengambil kira perihal keuntungan namun begitu berasa senang hati dapat membantu orang ramai terutama mereka yang tidak berkemampuan menikmati hidangan makanan serendah RM5.

“Niat saya hanya untuk membantu orang susah, sebab itu saya jual hidangan Menu Rahmah yang mempunyai pelbagai lauk-pauk di sini.”

“Saya senang hati melihat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai,” katanya kepada TVS pada Rabu.

Malahan kata Jaffar, Menu Rahmah yang ditawarkan turut menarik perhatian pelanggan dari negara jiran, Brunei Darusslam.

“Bukan orang tidak berkemampuan saja tetapi Menu Rahmah turut dibeli oleh mereka yang ingin menikmati menu ini,” jelasnya.

Selain Menu Rahmah yang menyajikan lauk ikan dan ayam serta sayur-sayuran yang mengandungi nutrisi lengkap, Jaffar memberitahu pihaknya juga menawarkan nasi biryani pada setiap hari Jumaat dengan harga Menu Rahmah.

“Pada Jumaat lepas, saya berjaya menjual lebih 300 pinggan nasi biryaniayam, mula-mula saya ingatkan hanya 200 pinggan, tapi lebih 300 pelanggan yang datang.

“Walaupun ramai yang tanya saya ada untung atau tidak menjual hidangan pada harga tersebut, Alhamdulillah ada untung sedikit, yang penting niat saya untuk tolong orang susah, saya senang hati,” ulang Jaffar. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan