Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Jakarta, Fadil Imran menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang media di sini hari ini. Foto TVS.

Dadah nilai RM125 juta diseludup dari Malaysia dirampas

ByTVS

JAKARTA, 23 Feb: Pihak berkuasa Indonesia berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 277 kilogram (kg) yang dipercayai diseludup masuk dari Malaysia pada Selasa lepas.

Ketua Polis Jakarta, Fadil Imran berkata, nilai keseluruhan dadah itu dianggarkan mencecah RM125 juta.

Katanya, rampasan itu dilakukan di dua tempat iaitu di Pekan Baru dan Jakarta serta berjaya menahan enam suspek termasuk seorang rakyat Malaysia.

“Kini polis sedang memburu seorang lagi suspek yang merupakan warganegara China,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya,bekalan dadah itu dibawa masuk menerusi Perairan Acheh dan disyaki akan diedarkan di Medan, Pekan Baru dan Jakarta.

“Polis Indonesia akan membentuk operasi bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menumpaskan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa ini yang dilihar semakin agresif,” katanya.

Beliau memberitahu, sekiranya dadah itu ‘terlepas’ ke pasaran, ia boleh digunakan oleh seramai 1.3 juta penagih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan