Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan itu maklumkan kepada Bursa Malaysia hasil meningkat kepada RM36.75 bilion daripada RM22.67 bilion. Foto Petronas.

Untung bersih Petronas Dagangan meningkat kepada RM776.6 juta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2022 meningkat kepada RM776.60 juta berbanding RM529.75 juta pada tahun sebelumnya.

Hasil meningkat kepada RM36.75 bilion daripada RM22.67 bilion, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Keuntungan bersih tinggi itu disumbang terutamanya daripada keuntungan kasar yang tinggi daripada semua segmen susulan peningkatan permintaan sepanjang tempoh tersebut.

“Peningkatan itu turut disokong oleh pendapatan lain yang tinggi susulan keuntungan sekali yang diperoleh daripada penjualan perniagaan gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak,” katanya.

Bagi suku keempat, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM144.46 juta berbanding RM137.19 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala hasil melonjak kepada RM9.50 bllion daripada RM7.11 bilion.

Keuntungan bersih tinggi semasa suku tersebut disumbang oleh keuntungan kasar tinggi daripada segmen runcit dan komersial dan peningkatan pendapatan lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan