Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang. Foto: TVS

Sekolah di Kota Samarahan perlu diperbesarkan

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Disebalik perkembangan pesat fizikal Kota Samarahan, kawasan tersebut masih lagi dibelenggu masalah sekolah yang kecil dan daif.

Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang berkata, kebanyakan sekolah mempunyai jumlah pelajar yang ramai dan mengalami masalah kepadatan pelajar dalam satu kelas.

“Jumlah pengambilan pelajar semakin meningkat tetapi sekolah kita masih lagi dalam keadaan daif sehingga 50 pelajar diletakkan dalam satu kelas kerana prasarana yang tidak mencukupi.

“Kesesakan ini boleh memberi kesan negatif kepada proses pembelajaran para pelajar dan kita harus menyelesaikan masalah ini dengan segera,” kata Rubiah dalam temubual bersama TVS.

Rubiah yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, peningkatan penduduk yang tinggi di kawasan tersebut juga telah meningkatkan keperluan untuk menubuhkan sebuah hospital kerana ingin mengurangkan kebergantungan kepada Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Setakat ini Kota Samarahan hanya mempunyai satu klinik kesihatan untuk menampung keperluan kesihatan lebih 250,000 orang populasi di kawasan tersebut, jelas Rubiah lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan