Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 220 kilogram dadah jenis syabu yang cuba diseludup ke Indonesia berjaya dirampas di Perairan Acheh. Foto TVS.

Polis Indonesia rampas 220 kg syabu diseludup dari Malaysia

ByTVS

JAKARTA, 22 Feb: Polis Indonesia menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 220 kilogram (kg) dari Malaysia ke Acheh.

Dadah itu dirampas daripada sebuah bot yang dikendalikan oleh tiga suspek di Perairan Kuala Teupin Bangka.

Ketua Direktorat Jenayah Dadah Polis Indonesia, Brigedier Jeneral Krisno Siregar berkata, siasatan awal mendapati bekalan dadah itu dihantar oleh suspek warga Malaysia.

“Modus operandi mereka ialah ialah suspek warga Indonesia mengambil dadah dari Malaysia melalui perairan Acheh secara ship to ship.

“Suspek dikenali sebagai R yang kita tahu (ada) di Malaysia,” katanya pada sidang media.

Krisno berkata, pihaknya terus komited dalam usaha membanteras sindiket dadah antarabangsa.

Menurut beliau, ketiga – tiga suspek itu kini berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah.

“Sekiranya bekalan dadah ini terlepas ke pasaran, ia boleh digunakan oleh 880 000 penagih,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan